Monday, December 21, 2009
Nasi ayam hainan
Semalam (Ahad) kitorang jemput jiran-jiran dan postgrad student M'sia yang tak pernah mai rumah datang makan tengah hari. Chef Azmi jadi head chef masak nasi ayam hainan. Fuhs! First time buat, terangkat. memang sedap. Alhamdulilah tetamu-tetamu pun suka. Su sempat buat kek coklat (ada icing tu) dan baked blueberry cheesecake. Semua licin. Nasi ayam ada lebih sebab kitorang buat banyak so dapatla jiran-jiran Eastlakes merasa sorang sikit nasi ayam kitorang. Gembira sebab tetamu balik kekenyangan :)
Wednesday, November 25, 2009
Low mood
Network card laptop ni bermasalah pulak. Very annoying bile wireless signal pun sangatlah 'poor'. Sebab dah tahan menanggung tension asyik ter'disconnected' dari Bayes masa data tengah run, menapaklah ke library yang sangat cantik ni (kat library wireless connection superb!)
Bila dah sampai library, internet connection tip top, tersangkut pulak nak nengok FB, artikel demi artikel di saifulislam.com (Bukan salah Ustaz Hasrizal ye), dan resepi nak masak ape esok sempena Hari Raya Aidiladha. Hmmm...banyaknya distraction!
Takpelah yang penting semangat masih ada. caiyok! Mesti siapkan data-data untuk filter 3.0um :)
Bila dah sampai library, internet connection tip top, tersangkut pulak nak nengok FB, artikel demi artikel di saifulislam.com (Bukan salah Ustaz Hasrizal ye), dan resepi nak masak ape esok sempena Hari Raya Aidiladha. Hmmm...banyaknya distraction!
Takpelah yang penting semangat masih ada. caiyok! Mesti siapkan data-data untuk filter 3.0um :)
Tuesday, October 20, 2009
Monday, September 21, 2009
Aidilfitri 1430H/2009
Alhamdulillah berjaya melaksanakan ibadah puasa buat kedua kalinya di perantauan. Walaupun jauh dari sanak saudara, Ramadhan dan Syawal tahun ni tetap meriah. Kebetulan ibu kepada salah seorang rakan kami, Nazreen ada di Sydney. Dapatlah kami tumpang merasa macam-macam masakan ibu. Pendek kata Makcik maznah macam jadi Head Chef kat sini. Cakap aje nak makan ape, Insya Allah dapatlaa merasa.
Malam raya tahun ni memang sangat meriah. Family kami, Saah, Mimi, Seri, Rahman, Normah, Nazreen dan Dayah berkumpul ramai-ramai kat rumah Dayah dan masak rendang, ketupat dan kuah kacang sama-sama. betul2 rasa macam balik kampung. Oklah tu, balik kampung di Marickville :)
Friday, September 4, 2009
Zuriat
Ramadhan sudah pun masuk hari yang ke15. Little Syahid demam sedikit malam ni tapi masih ada keletahnya yang menyentuh hati. Selepas ummi dan abah selesai solat maghrib (little Syahid ikut solat juge, walaupun rukuk dan sujud lebih awal dari imam, he..he), little syahid terus hulurkan tafsir Quran suruh abah bacakan. Hmm...hmm... Senyum manis abah dan ummi. Hopefully little Syahid boleh buat macam tu sampai dah jadi dewasa nanti ya
Subscribe to:
Posts (Atom)