Monday, September 21, 2009

Aidilfitri 1430H/2009


Alhamdulillah berjaya melaksanakan ibadah puasa buat kedua kalinya di perantauan. Walaupun jauh dari sanak saudara, Ramadhan dan Syawal tahun ni tetap meriah. Kebetulan ibu kepada salah seorang rakan kami, Nazreen ada di Sydney. Dapatlah kami tumpang merasa macam-macam masakan ibu. Pendek kata Makcik maznah macam jadi Head Chef kat sini. Cakap aje nak makan ape, Insya Allah dapatlaa merasa.

Malam raya tahun ni memang sangat meriah. Family kami, Saah, Mimi, Seri, Rahman, Normah, Nazreen dan Dayah berkumpul ramai-ramai kat rumah Dayah dan masak rendang, ketupat dan kuah kacang sama-sama. betul2 rasa macam balik kampung. Oklah tu, balik kampung di Marickville :)

Friday, September 4, 2009

Zuriat

Ramadhan sudah pun masuk hari yang ke15. Little Syahid demam sedikit malam ni tapi masih ada keletahnya yang menyentuh hati. Selepas ummi dan abah selesai solat maghrib (little Syahid ikut solat juge, walaupun rukuk dan sujud lebih awal dari imam, he..he), little syahid terus hulurkan tafsir Quran suruh abah bacakan. Hmm...hmm... Senyum manis abah dan ummi. Hopefully little Syahid boleh buat macam tu sampai dah jadi dewasa nanti ya