Allah mengetahui segala-galanya. Dugaan kami berpuasa berempat beranak semasa 5 hari bekerja. Kadang-kadang En Azmi balik awal hari Jumaat, dapatlah kami berbuka 5 beranak. Syahid berpuasa dengan baik Ramadhan kali ni. Walaupun mengadu lapar, taklah sampai nak berbuka puasa. Kami mengharungi puasa tanpa kredit kepada kemeriahan sanak saudara mahupun makanan penuh atas meja. Melayani Ammar yang masih menyusu membataskan aktiviti di dapur. Hidangan ala kadar sahaja untuk aku dan hero kecilku Ahmad Syahid yang tak sabar-sabar nak ke surau untuk berjemaah Maghrib. Keterujaan syahid ke surau mungkin lebih kepada untuk bersama kawan-kawan. Biarlah...resmi anak-anak kan? Doaku, moga kami dapat mengekalkan kesederhanaan ini bila diuji dengan kesenangan dan kelapangan waktu kelak. Amin....
Thursday, July 10, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)